Tuesday 2 July 2013

BERHENTI KERJA

aku dah berhenti kerja. Aku tak menyesal berhenti kerja awal.Why? sebab aku dah lebih 3 bulan kerja situ.Aku tak boleh kerja dengan baik kat situ. Aku tak boleh kerja secara kelam kabut dan dalam keadaan berserabut.Aku juga tak suka sangat orang-orang kat situ mulut macam apa.Biarlah mak bapak aku salahkan aku macam-macam.Aku tak kisah.Sebab sebelum aku berhenti aku dah fikir panjang.Aku tak suka kerja situ.


Saturday 16 February 2013

KAWAN JAUH

Tengah syok-syok baring. Kawan yang aku kenal waktu praktikal mesej aku. Terperanjat aku hampir setengah tahun aku tak contact dia. Mungkin sibuk dengan sendiri,takda masa nak berbual dengan kawan jauh ni.

"kenapa kau lama tak mesej,selalu kau ada jugak tanya khabar"
jawapan aku singkat. "aku kerja,aku sibuk"

Mungkin dia terkilan dengan jawapan yang simple tu. Mungkin aku terlalu tertekan hidup kat Johor ni. Sampai aku malas nak contact kawan-kawan tanya khabar. Mungkin hidup disini terlalu banyak diisi dengan aktiviti menyeronokkan atau aktiviti yang pressure sampai aku lupa kawan-kawan jauh
.
Mungkin sekarang aku terlalu fokus dengan kehidupan aku sampai aku terlupa dengan orang-orang yang pernah rapat dengan aku.
Ada juga kawan yang ditimpa musibah tapi aku tak call tanya khabar dia,Oh selfish aku.

Tuesday 12 February 2013

KEADAAN YANG DAH BERUBAH

jika dulu aku bangun pagi, aku rasa malas hendak ke kelas. tapi tu tak menjadikan aku sakit emosi dan jiwa,
jika dulu aku bangun pagi.aku rasa malas hendak ke tempat kerja,sebab tempat kerja aku jauh.tapi itu tak menyebabkan aku terseksa jiwa dan raga,
tapi sekarang ceritanya jadi lain.bila bangun pagi.Jiwa aku jadi sesak untuk bernafas. Walaupun gaji sudah dinaikkan hati aku masih tak gembira. Sakit rasanya bila membuat sesuatu perkara yang kita tak suka dan tidak boleh buat.