Saturday, 16 February 2013

KAWAN JAUH

Tengah syok-syok baring. Kawan yang aku kenal waktu praktikal mesej aku. Terperanjat aku hampir setengah tahun aku tak contact dia. Mungkin sibuk dengan sendiri,takda masa nak berbual dengan kawan jauh ni.

"kenapa kau lama tak mesej,selalu kau ada jugak tanya khabar"
jawapan aku singkat. "aku kerja,aku sibuk"

Mungkin dia terkilan dengan jawapan yang simple tu. Mungkin aku terlalu tertekan hidup kat Johor ni. Sampai aku malas nak contact kawan-kawan tanya khabar. Mungkin hidup disini terlalu banyak diisi dengan aktiviti menyeronokkan atau aktiviti yang pressure sampai aku lupa kawan-kawan jauh
.
Mungkin sekarang aku terlalu fokus dengan kehidupan aku sampai aku terlupa dengan orang-orang yang pernah rapat dengan aku.
Ada juga kawan yang ditimpa musibah tapi aku tak call tanya khabar dia,Oh selfish aku.

Tuesday, 12 February 2013

KEADAAN YANG DAH BERUBAH

jika dulu aku bangun pagi, aku rasa malas hendak ke kelas. tapi tu tak menjadikan aku sakit emosi dan jiwa,
jika dulu aku bangun pagi.aku rasa malas hendak ke tempat kerja,sebab tempat kerja aku jauh.tapi itu tak menyebabkan aku terseksa jiwa dan raga,
tapi sekarang ceritanya jadi lain.bila bangun pagi.Jiwa aku jadi sesak untuk bernafas. Walaupun gaji sudah dinaikkan hati aku masih tak gembira. Sakit rasanya bila membuat sesuatu perkara yang kita tak suka dan tidak boleh buat.


Monday, 13 August 2012

JIKA NAK BERJAYA

jika anda mahu berjaya.anda harus mengorbankan waktu peribadi
-Dato LCW

mungkin aku kene ubah cara aku berfikir.

kene banyak bersabar dengan karenah orang

Saturday, 4 August 2012

TAK PERCAYA

jangan biasakan cakap main-main
sebab selepas tu aku takkan percaya
apa yang kau cakap dengan aku.
jangan biasakan menganjing
bila selalu menganjing.
bila kau cakap serius,aku tak percaya
sebab aku takut kat belakang aku.kau ketawakan aku.

Wednesday, 1 August 2012

BERKHAYAL DI SEPANJANG JALAN RAYA

start jer kereta.aku terus berkhayal
nak kumpul duit nak beli produk yang boleh cantikkan kulit aku
nak kumpul duit nak beli produk slimming
nanti konvo dah cantik

sepanjang perjalanan ke tempat kerja..
aku berkhayal lagi.
nanti bila aku dapat kerja tetap..
aku akan beli rumah sendiri..
duduk rumah sendiri..
sungguh aku ingin berteduh di kediaman hasil titik peluhku sendiri..
oopsss....
sudah sampai depan ofis..
aku matikan ejen...aku layan radio..tidur sebentar..
sementara menunggu jam pukul 8pagi
malas aku nak terus berkhayal.

tetiba pulak teringat cerita Di Bawah Lindungan Kaabah..

"Nak,Makin Tinggi Harapan.Makin Sakit Jatuhnya"

Tuesday, 31 July 2012

SAYA BENCI SUBJEK..............

aku benci math,dulu masa sekolah math tak pernah dapat A atau B
C dengan D kadang-kadang
E memang selalu dapat.
bila dah bekerja aku tak dapat elak dari math.
nasib baik bos aku penyabar.
"sorry bos,saya bodoh math"
masa belajar poli.subjek yang aku benci statistik & akaun.
semoga dengan bekerja aku dapat improve math aku.

Monday, 30 July 2012

RENTAK CERITA YANG BERTUKAR

tadika-jumpa kawan baru-kawan-habis tadika- bye bye kawan
sekolah rendah-jumpa kawan baru-kawan-habis sekolah rendah- bye bye kawan
Sekolah Menengah-jumpa kawan baru-kawan-habis Sekolah Menengah- bye bye kawan
Politeknik-jumpa kawan baru-kawan-habis Politeknik  - bye bye kawan

cerita yang takkan pernah berubah adalah seperti berikut :
kau merantau la utara selatan barat timur,kau takkan cakap "bye bye family"
mereka kawan engkau selama-lamanya

*bye bye= dalam teks ni aku maksudkan "lupa" atau "lenyap"